FEELS

🌺 HARI PERTAMA SAYA DI UKM

 

Kali pertama saya datang ke UKM, saya berasa sangat gembira tetapi dalam masa yang sama juga agak gementar. Walaupun terdapat sedikit rasa takut untuk menyesuaikan diri, saya cuba untuk berfikiran positif dan melihat pengalaman ini sebagai satu peluang untuk belajar dan berkembang menjadi seorang yang lebih berdikari.

Apabila saya mendapat surat tawaran untuk kemasukan di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pada 05 March 2025 melalui email, saya terus membuat pengesahan untuk penerimaan tawaran berpandukan link yang diberikan untuk urusan pendaftaran. Saya berasa sangat bangga kerana dapat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terkenal. Pada hari pendaftaran, kami hanya melakukan pendaftran secara dalam talian (Online) sahaja. 

Sepanjang minggu pertama di UKM, saya mula belajar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai mahasiswa. Saya belajar mengurus masa, menghadiri kelas, dan mengenali persekitaran kampus. Pengalaman ini mengajar saya tentang kesabaran, keberanian dan kepentingan berdikari.

Secara keseluruhannya, pengalaman pertama datang ke UKM dan menjadi pelajar FEP UKM merupakan satu kenangan yang sangat bermakna dalam hidup saya. Pengalaman ini bukan sahaja membuka peluang untuk menimba ilmu, tetapi juga membantu saya membina keyakinan diri dan mengenali pelbagai budaya serta cara hidup baharu.





Comments

Popular posts from this blog

ABOUT ME

HOBBIES

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN (FEP)