ABOUT ME
🎀 SELAMAT DATANG KE SUDUT KECIL SAYA DI INTERNET 🎀
Hai semua!🧕Saya nama diberi Lailatul Amalah binti Ijmal, merupakan seorang pelajar prasiswazah dari UKM, kini sedang mengikuti pengajian dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Ruang ini adalah tempat saya berkongsi sedikit tentang siapa diri saya, orang-orang yang saya sayangi, tempat saya berasal dan perjalanan yang membentuk diri saya.
🧑🧑🧒 KENALI KELUARGA SAYA
Di sebalik setiap langkah yang saya ambil, ada wajah-wajah yang menjadi kekuatan saya iaitu keluarga saya yang tercinta. Walaupun kecil bilangannya, mereka adalah pelita yang tidak pernah padam, menyinari jalan saya agar tidak tersesat dan mengingatkan saya untuk sentiasa berpijak dibumi yang nyata dengan rendah hati.
Merekalah denyut nadi yang menghidupkan semangat saya, mendorong saya untuk terus berjuang demi menjadi insan yang lebih baik, sama ada dalam menuntut ilmu mahupun menempuh cabaran hidup. Setiap seorang hadir dengan keunikan yang tersendiri, namun apabila bersama, mereka menjadi melodi indah yang mengalunkan harmoni dalam hidup saya.
Tanpa mereka, dunia ini akan terasa kosong. Tetapi dengan mereka, setiap hari menjadi bermakna kerana merekalah hati, jiwa, dan tiang penopang yang menjadikan saya siapa diri saya pada hari ini.
🏠 KAMPUNG HALAMAN : GOMBAK
Saya dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur (HKL) dan dibesarkan di Gombak, sebuah tempat yang sentiasa meriah dengan ragam kehidupan. Membesar di Gombak bukan sekadar pengalaman, tetapi sebuah perjalanan yang mengajar saya keyakinan, berdikari, dan bagaimana menyesuaikan diri dengan rentak hidup yang pantas.
Bagi saya, Gombak bukan sekadar tempat tinggal. Ia adalah rumah yang membentuk siapa diri saya pada hari ini, tempat di mana setiap langkah pertama bermula, dan tempat yang akan sentiasa saya rindui. Walau ke mana pun saya pergi, Gombak tetap menjadi nadi kenangan, kampung halaman yang tidak akan pernah pudar dalam ingatan.

.jpeg)
Comments
Post a Comment