Posts

HOBBIES

Image
👩‍🍳 HOBI SAYA ADALAH MEMASAK DAN MEMBACA BUKU NOVEL 📖 Kedua-dua hobi ini sangat saya minati kerana dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan dalam kehidupan seharian saya. Pada waktu lapang, saya gemar mencuba pelbagai resepi masakan sama ada makanan tradisional mahupun moden. Saya suka belajar cara memasak makanan baharu melalui internet, video dan perkongsian daripada keluarga. Bagi saya, memasak bukan sahaja satu aktiviti yang menyeronokkan, malah dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran diri. Saya juga berasa gembira apabila dapat menyediakan makanan yang sedap untuk keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, saya juga sangat meminati membaca buku novel. Membaca novel membantu saya mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Saya gemar membaca novel yang mempunyai jalan cerita menarik, penuh emosi dan memberi pengajaran dalam kehidupan. Melalui pembacaan, saya dapat menambah ilmu, meningkatkan penguasaan bahasa dan melatih imaginasi saya. Kadangkala, saya berasa sepert...

FEELS

Image
🌺 HARI PERTAMA SAYA DI UKM   Kali pertama saya datang ke UKM, saya berasa sangat gembira tetapi dalam masa yang sama juga agak gementar. Walaupun terdapat sedikit rasa takut untuk menyesuaikan diri, saya cuba untuk berfikiran positif dan melihat pengalaman ini sebagai satu peluang untuk belajar dan berkembang menjadi seorang yang lebih berdikari. Apabila saya mendapat surat tawaran untuk kemasukan di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pada 05 March 2025 melalui email , saya terus membuat pengesahan untuk penerimaan tawaran berpandukan link yang diberikan untuk urusan pendaftaran. Saya berasa sangat bangga kerana dapat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terkenal. Pada hari pendaftaran, kami hanya melakukan pendaftran secara dalam talian (Online) sahaja.  Sepanjang minggu pertama di UKM, saya mula belajar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai mahasiswa. Saya belajar mengurus masa, menghadiri kelas, dan men...

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN (FEP)

Image
🏫 PENGENALAN FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN (FEP), UKM Belajar di Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan  (FEP), UKM adalah salah satu bab paling indah dalam hidup saya. FEP bukan sekadar tempat menghadiri kuliah, tetapi sebuah komuniti yang membentuk cara saya berfikir, belajar, dan melihat dunia. Di sini, saya berpeluang mendalami gabungan menarik antara ekonomi, perniagaan, dan pengurusan . Setiap kursus yang diikuti bukan hanya teori semata-mata, tetapi ilmu yang benar-benar berguna untuk dunia kerja dan kehidupan. FEP juga lengkap dengan pelbagai kemudahan yang memudahkan pelajar seperti dewan kuliah yang luas, makmal komputer yang moden, dan mempunyai ruang santai dan perkhidmatan vending machine serta lain-lain lagi. Semua ini menjadikan pengalaman belajar lebih selesa dan bermakna. Bagi saya, FEP bukan sekadar fakulti. Ia adalah tempat saya membina keyakinan, menimba ilmu, dan mencipta kenangan bersama rakan-rakan. Setiap detik di sini terasa seperti perjalanan berharga y...

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Image
🏫 PENGENALAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)  Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) adalah salah satu universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia , terkenal dengan reputasi akademik yang kukuh dan komuniti kampus yang pelbagai. Ditubuhkan pada tahun 1970, UKM terus berkembang sebagai pusat ilmu pengetahuan, inovasi dan kepimpinan. Dengan pelajar dari pelbagai latar belakang, UKM menawarkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemikiran kritis, kreativiti dan pembangunan diri. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah salah satu universiti terkemuka di Malaysia dan tempat yang diimpikan oleh ramai pelajar untuk belajar. Ianya terletak di Bangi, kampus ini nyaman, hijau, dan sempurna untuk pembelajaran. Ia adalah persekitaran yang hebat untuk pelajar yang mahukan keselesaan dan fokus. Saya akui kehidupan kampus di UKM adalah meriah dan menyeronokkan. Terdapat banyak kelab, acara, dan aktiviti untuk pelajar sertai. Kemudahan juga sangat mudah digunakan seperti perp...

ABOUT ME

Image
🎀 SELAMAT DATANG KE SUDUT KECIL SAYA DI INTERNET 🎀 Hai semua!🧕Saya nama diberi Lailatul Amalah binti Ijmal, merupakan seorang pelajar prasiswazah dari UKM , kini sedang mengikuti pengajian dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan ( FEP ). Ruang ini adalah tempat saya berkongsi sedikit tentang siapa diri saya, orang-orang yang saya sayangi, tempat saya berasal dan perjalanan yang membentuk diri saya. 🧑‍🧑‍🧒 KENALI KELUARGA SAYA  Di sebalik setiap langkah yang saya ambil, ada wajah-wajah yang menjadi kekuatan saya iaitu keluarga saya yang tercinta. Walaupun kecil bilangannya, mereka adalah pelita yang tidak pernah padam, menyinari jalan saya agar tidak tersesat dan mengingatkan saya untuk sentiasa berpijak dibumi yang nyata dengan rendah hati. Merekalah denyut nadi yang menghidupkan semangat saya, mendorong saya untuk terus berjuang demi menjadi insan yang lebih baik, sama ada dalam menuntut ilmu mahupun menempuh cabaran hidup. Setiap seorang hadi...