🏫 PENGENALAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah salah satu universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia, terkenal dengan reputasi akademik yang kukuh dan komuniti kampus yang pelbagai. Ditubuhkan pada tahun 1970, UKM terus berkembang sebagai pusat ilmu pengetahuan, inovasi dan kepimpinan. Dengan pelajar dari pelbagai latar belakang, UKM menawarkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemikiran kritis, kreativiti dan pembangunan diri.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah salah satu universiti terkemuka di Malaysia dan tempat yang diimpikan oleh ramai pelajar untuk belajar. Ianya terletak di Bangi, kampus ini nyaman, hijau, dan sempurna untuk pembelajaran. Ia adalah persekitaran yang hebat untuk pelajar yang mahukan keselesaan dan fokus.
Saya akui kehidupan kampus di UKM adalah meriah dan menyeronokkan. Terdapat banyak kelab, acara, dan aktiviti untuk pelajar sertai. Kemudahan juga sangat mudah digunakan seperti perpustakaan, ruang belajar, pusat sukan, kafe, dan banyak lagi.
FASILITI YANG DISEDIAKAN UKM
Pusanika memang jadi tempat wajib singgah bagi pelajar UKM. Dari pagi sehingga kewaktu malam, suasananya sentiasa meriah dengan pelajar daripada pelbagai fakulti. Ada yang datang untuk menjamu selera bersama kawan-kawan, ada yang sekadar melepak sambil menunggu kelas, dan ada juga yang beratur panjang di mesin ATM untuk urusan kewangan.
Restoran dan gerai minuman di sini sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa, aroma makanan yang menggoda, dan perbualan santai antara pelajar. Kedai keperluan harian pula jadi penyelamat bila tiba-tiba perlukan barang kecil seperti alat tulis atau makanan ringan.
Bagi pendapat saya, Pusanika bukan sekadar bangunan. Ia adalah tempat berkumpul, tempat bertukar cerita, dan tempat yang memudahkan segala urusan harian. Suasana santai di sini menjadikan Pusanika seolah-olah “ruang rehat” kampus di mana pelajar boleh berehat seketika daripada kesibukan kelas, sambil menikmati detik-detik kecil yang akhirnya menjadi kenangan indah kehidupan universiti.
2) PERPUSTKAAN TUN SRI LANANG 📚
Satu tempat yang paling saya suka di UKM ialah PTSL, Perpustakaan Tun Sri Lanang. Bagi saya, inilah lokasi terbaik bila perlukan ketenangan, fokus, atau sekadar mencari ilham bagi menyelesaikan tugasan. Suasananya luas, selesa, dan dipenuhi dengan pelbagai sumber tanpa batas daripada buku rujukan hinggalah ruang belajar yang sesuai untuk semua.PTSL bukan sekadar perpustakaan, ia lebih daripada itu. Ia seperti ruang selamat untuk pelajar iaitu tempat yang memberi motivasi, mengingatkan bahawa belajar bukan sekadar tanggungjawab, tetapi juga satu perjalanan yang indah. Setiap kali melangkah masuk, ada rasa nostalgia yang membuatkan saya semakin menghargai kehidupan kampus.
3) MASJID UNIVERSITI UKM (PUSAT ISLAM) 🕌
Masjid Universiti UKM adalah ruang paling sesuai untuk pelajar melakukan ibadah dan juga program keagamaan sebagai Pusat Islam. Selalunya Masjid ini berada dalam keadaan yang bersih, luas, dan dijaga rapi, ia juga menjadi tempat pelajar singgah untuk solat atau sekadar berehat seketika antara kelas. Selain pelajar dan juga kakitangan UKM, orang luar juga boleh menggunakan fasiliti ini dan mendapat manfaat selain menunaikan solat wajib, dimana mereka juga boleh menunaikan solat jumaat di Masjid Universiti ini. Suasananya sentiasa damai dan penuh hormat, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk menarik nafas dan menenangkan fikiran.
Comments
Post a Comment